1 Januari 2016

4:00 PTG
Assalamualaikum wbt.
Kita masih lagi mengingati tarikh 12 rabiulawwal yang mencatat banyak sejarah agung. Bulan inilah lahirnya junjungan besar kita nabi Muhammad saw.  Pada bulan ini jugalah turunnya ayat quran pertama ke dunia iaitu iqra’ dan di bulan ini jugalah tibanya rombongan hijrah yang diketuai rasulallah saw ke kota Madinah.
Secara kebetulan pula dalam kontek kalender masehi, kita memasuki pula tahun baru masehi 2016 sekaligus menunjukkan berlakunya peningkatan usia kita setahun lagi, dengan lain perkataan semakin tua lah kita dan semakin hampirlah kita untuk ditamatkan misi kehidupan kita atas dunia ini.
” dunia diwujudkan untuk ditempatkan kita selaku manusia, manakala manusia diciptakan untuk memakmurkan dunia ini dan sekaligus untuk dihisab oleh ALlah swt di akhirat nanti …”
Oleh itu ayuh kita membina azam dan tekad yang baru. Apa pun pencapaian kita pada tahun 2015 tidak lagi penting. Ia sudah menjadi sejarah. Yang penting bagaimana kita melakar kecemerlangan pada tahun 2016.

Tahun 2016 adalah tahun yang lebih mencabar. Dengan paras harga minyak dunia yang terus menurun. Nilai ringgit yang terus tidak stabil. Kos sara hidup yang semakin tinggi. Ruang dan peluang pekerjaan yang semakin terhad, isu-isu alam sekitar semakin meruncing, api perkauman disuburkan kembali dan lain isu yang berat diperkatakan menjadikan kita benar-benar perlu menjadi seorang hero.  Bagaimana nabi saw bangkit di tengah-tengah kemuncak kehancuran masyarakat ketika itu yang disebut “jahiliah”  lalu bertukar menjadi manusia yang paling bertamadun yang berjaya merubah dunia dan diterima oleh langit.
Maka semangat inilah yang perlu kita ada. Dalam kemelut yang melanda negara sekarang ini, jangan jadikan diri kita hanyut. jangan jadikan diri kita turut miskin tanpa pekerjaan.  Percayalah dalam selut dan lumpur itu wujudnya emas dan permata. Jika ia dicari, lumpur itu dibuang dan dibersihkan dan kita terus mencari…. tidak perlu banyak … sebutir mutiara dan emas yang kita jumpa sudah pasti merubah kehidupan dan generasi kita…….
Bersambung…….
Dr Hj Abdullah Ismail
Catatan Terbaru
Terdahulu
Ini adalah catatan pertama.

0 ulasan:

Catat Ulasan